BAB 1 (Part 1)

 Rumah agam yang baru dihuninya sunyi sepi. Entah ke mana hilangnya semua penghuni di rumah itu. Sejak dia tinggal di rumah agam tiga tingkat itu dua minggu lalu boleh dibilang dengan jari berapa kali dia berjumpa dengan mereka.
Seingat dia ada enam orang semuanya di situ. Ayah dan ibu mentuanya dan dua adik ipar selain suami dan pembantu rumah berkenaan. Masing-masing dengan hal sendiri. Busy mengalahkan menteri dan perdana menteri.
Kalau ada pun, ibunya yang dipanggil umi. Itu pun mereka jarang bersembang. Setakat angguk-angguk dan geleng saja.
Hari ni pun seperti dua minggu lalu hanya tinggal dia dan pembantu rumah yang dipanggil Mak Senah tinggal di rumah itu tetapi Mak Senah sejak pagi tadi langsung tidak keluar bilik. Katanya tidak berapa sihat, jadi dia minta wanita itu berehat saja.
Kakinya diatur turun ke tingkat bawah menunju ke ruang dapur. Memandangkan Mak Senah kurang sihat, dia secara suka rela menawarkan  diri memasak untuk makan malam keluarga itu.
Puas dia memujuk pembantu rumahnya itu dan selepas memberikan hujah bernas akhirnya wanita sebaya ibunya itu mengalah juga. Itu pun selepas dia berjanji tidak akan memusanahkan ruang dapur kesayangan Datin Safiah.
Sejak berada di rumah agam itu hanya Mak Senah sajalah yang menjadi kawan berbualnya. De ngan wanita itulah dia bercerita dan berkeluh kesah.
Dia membelok menuju ke bilik tidur Mak Senah yang terletak tidak jauh dari dapur. Mahu melihat keadaan wanita itu. Pintu yang tidak berkunci ditolak perlahan. Kelihatan Mak Senah nyenyak tidur. Tidak mahu menganggu wanita itu, dia berpusing untuk melangkah keluar dari situ.
“Hannah...” namanya dipanggil. Wanita itu beusaha untuk bangkit dari pembaringannya.
“Tak payah bangkit. Mak Senah bukannya sihat lagi tu,” marah Hannah. Kakinya melangkah kembali ke katil.
“Mak Senah nak masak. Kejap lagi datuk dan datin balik nak makan,”
“Mak Senah dah lupalah tu. Bukan ke pagi tadi Mak Senah dah benarkan saya gunakan dapur Datin Safiah tu. Saya nak memasaklah ni,” katanya.
“Hish ada pula panggil ibu mentua macam tu. Kecil hati dia nanti,” Mak Senah menepuk lembut bahu Hannah.
“Ala gurau sajalah Mak Senah. Takkan mak datin tu nak terasa kot,” lagi sekali bahunya ditepuk. Kali ini agak kuat sehingga dia mengaduh.
“Budak ni dalam kita larang dia buat juga. Dahlah Mak Senah nak bangun dan masuk dapur ni,” rambut panjangnya itu disiput  tinggi, Sekali pandang sudah macam Mak Enon.
“Orang dah cakap Mak Senah tak payah masuk dapur hari ni. Biar orang saja buat kerja ni. Dah lama orang tak memasak tiba-tiba jadi gian pula,”
“Tak payahlah. Kenapa Hannah pula nak kena masaknya. Mak Senah pembantu rumah ni, biarlah Mak Senah memasak. Awak tu menantu rumah ni bukannya pembantu rumah,”  
Masak dia  kalau Datin Safiah dan Datuk Muzafar tahu menantunya itu masuk dapur memasak.
“Kenapa Mak Senah nak bimbang sangat ni. Orang pandai masaklah. Setakat datuk dan datin tu nak makan anytime orang boleh masak. Gerenti mak dan ayah mentua lalu pun mereka tak sedar nanti,” guraunya.
“Betul ni?” soal Mak Senah bagai tidak mempercayai kemampuan dirinya.
“Betulll...” panjang jawapan yang dia berikan.
“Kalau macam tu Mak Senah boleh berehat dengan senang hati. Tapi ingat jangan kecah dapur umi tu, nanti bising dia membebel,” pesan Mak Senah.
“Depa tu pergi mana semuanya?” sikap penyibuk kak nam dia sudah muncul.  Sejak pagi tadi semua penghuni rumah ini keluar dan sekarang dah dekat jam 6 petang pun tiada seorang pun di rumah.
“Datuk dengan datin balik kampung. Ada hal katanya. Malia katanya pagi tadi ada study group yang si Hakim pula masih di office, banyak kerja kot,” terangguk-angguk kepalanya mendengar.
Dia belum sempat lagi  berbual mesra dengan dua adik iparnya itu.  Dari penilaian awalnya, dia nampak Malia tidak begitu mesra tetapi Hakim pula setakat ini bolehlah dibuat kawan bersembang.
Hannah diam. Hish makhluk seorang tu tak disebut pula. Nak ditanya rasa segan pula nanti entah apa yang difikirkan orang tua itu.
“Ada lagi ke Mak Senah tak sebut ke?” 
“Err... err...” dia tidak reti menjawab. Mukanya merah. Mak Senah memerhati, geli hati dia dibuatnya. Nak tahu ke mana suami pergi tetapi nak bertanya malu.
“Hish Mak Senah ni. Buat orang malu saja. Nak cakap, cakap sajalah tak payah nak memerli macam tu.
“Awak ni sampai bila tak nak bertegur dengan suami sendiri? Jangan cakap Mak Senah tak tahu, Mak Senah ni ada mata, ada telinga boleh melihat dan mendengar. Kahwin dah dekat dua minggu tapi Mak Senah nampak tak sampai dua tiga patah kau orang bercakap.
“Jangan macam tu, berdosa buat suami begitu. Nak marah sekali pun kita wajib hormat dia. Dia tu syurga kita,” Tangan Hannah digenggam. Dia nampak semua itu, cuma dia tidak mahu masuk campur urusan anak majikannya itu.
Dua minggu Raisya Hannah menetap di rumah agam tiga tingkat itu. Menjadi menantu Datuk Muzafar dan Datin Safiah. Perkahwinan itu berlangsung tiba-tiba. Tiada angin, tiada ribut anak bujang majikannya itu memperkenalkan Raisya Hannah kepada keluarga.
  Tapi ada peliknya. Gadis didepannya itu bagaikan terpaksa menerima pernikahan itu.
Semuanya dia nampak seperti terpaksa. Jadi sehingga kini dia tertanya-tanya untuk apa pernikahan itu berlangsung kalau semuanya nampak canggung buat mereka berdua.
            “Mak Senah...” panggil Hannah. Dia petik jarinya dimuka Mak Senah.
            “Aik Mak Senah ni nampak sangat berangannya ni, Ingat boyfriends ke?” sergahnya. Wanita itu mengusap dadanya. Ya Allah hampir putus jantungnya. Melayang terus cerita mengenai perkahwinan anak majikannya.
Budak bertuah ni, dia jegel mata kearah Hannah.  Terkekek-kekek Hannah ketawa. Tidak disangka wanita itu terkejut dengan sergahannya itu. Lawak betul dia melihat Mak Senah mengurut dadanya.
“Sorry...sorry tak sangka pula Mak Senah boleh terperanjat macam ni,” katanya usai gelak panjangnya.  Terserlah dua lesung pipit dipipinya. Cantik! Hanya itu yang terbit dari bibirnya. Untung anak bujang majikannya itu.
“Okeylah, orang nak masuk dapur ni. Kalau Mak Senah nak apa-apa jerit saja nanti orang datang Hari ni Mak Senah dapat layanan VVIP daripada orang,” dia bergegas keluar dari bilik tidur menuju ke ruang dapur.
Terdengar laungan Mak Senah yang meminta dia berhati-hati dengan dapur Datin Safiah. Hish bimbang betul pembantu rumah ibu mentuanya itu. Takkanlah dia nak membakar ruang dapur tu.
Dia mula menyelongkar peti ais mencari bahan yang boleh dimasak. Peti ais dua tingkat yang gedabak besar itu menyimpan pelbagai bahan makanan. Wah teruja dia apabila melihat ada beberapa jenis ikan dalam peti ais. 
Dia menarik keluar ikan tenggiri, kangkung dan daging. Dalam kepalanya ligat berfikir masakan apa yang perlu dimasaknya.  Berada di ruang dapur yang besar dan cantik itu membuatkan dia begitu teruja.
            Sambil menyanyi kecil dia menyiapkan bahan untuk menggulai ikan tenggiri. Ligat saja tangannya memotong kangkung dan mengupas bawang, memotong cili untuk bahan kangkung goreng belacan.
Harum semerbak dapur Datin Safiah hari ini dia kerjakan. Sejam berada didapur akhirnya dia menarik nafas lega.
Tiga masakan bersama pencuci mulut sudah siap sepenuhnya. Gulai ikan tenggiri, kangkung goreng belacan dan daging maska merah siap terhidang di atas meja. Masakan itu ditutup.
Entah bila masakan itu mahu dimakan. Entah-entah hanya dia dengan Mak Senah saja yang akan makan nanti. Hanya menunggu  puding karamel yang disejukkan dalam peti ais saja. Dia tarik kerusi mahu melepaskan lelah.
“Masak apa?” tiba-tiba dia disergah dari arah belakang.
“Hahh?” hampir luruh jantungnya mendengar ada suara yang menegurnya. Nasib baik tidak terkeluar bunga-bunga silat yang pernah dia pelajari dulu.
Wajah yang menegurnya dipandang sekilas, kemudian wajahnya ditunduk. Sungguh dia segan melihat gerangan orang yang menegurnya itu.
“Maaf datin saya tak sempat nak kemaskan dapur ni. Ingat nak rehat sekejap sebelum sambung bekerja,” katanya.Serba salah dia dengan kehadiran wanita itu secara tiba-tiba.
“Mak Senah mana?” Datin Safiah langsung tidak mengendahkan kata-katanya tadi sebaliknya sibuk pula bertanya mengenai Mak Senah.
Hannah mengeluh. Type orang kaya. Bercakap dengan orang nak tak nak saja. Dingin saja pada pandangan matanya.
“Mak Senah berehat kat bilik. Dia tak sihat sikit, jadi saya minta dia berehat. Maaf kalau perbuatan saya tu melampau, tak ada niat lain pun,” rendah nada suaranya. Ya Allah kenapa mak datin ni balik awal ke rumah.
Kata Mak Senah tadi ayah dan ibu mentuanya itu pulang ke kampung tapi silap dia juga tidak bertanyakan di mana kampung mereka. Entah-entah hanya di Kampung Baru saja. Sebab itu cepat saja sampai di rumah.
“Nak saya panggil ke datin?”dia menawarkan diri.
“Yang awak dari tadi berdating dengan umi ni dah kenapa? Umi ni mak mentua kamu. Mak kepada suami kamu tapi sakit pula telinga umi mendengar bila kami memanggil umi datin
“Kamu dah berkahwin dengan anak bujang umi, jadi automatik kamu tu menantu umi. Memang kami tak pernah kenal kamu tapi kami yakin dengan pilihan anak umi tu,” Aik! Kena marah pula?  Ingatkan suka bila dipanggil datin. Dia pandang wajah ibu mentuanya.
“Sorry umi tersasul tadi. Err nak saya panggilkan Mak Senah ke?” dia bertanya lagi. Mahu menutup rasa segannya bila berdepan dengan ibu mentuanya itu.
“Tak payahlah, biar dia rehat. Jarang Mak Senah tu jatuh sakit. Sesekali dia sakit teruk agaknya tu, kalau tak, tiadanya dia nak berehat. Puas disuruh, dilarang tak didengarnya. Ada saja kerja yang dia nak buat.  Mak Senah tu degil sikit tapi dengan kamu okey pula dia menurut kata,” Hannah menyengih. Gembira dia bila dipuji.
“ Mmm.. panggilkan abah kamu ajak dia makan. Tadi ada kat ruang tamu tu, kalau dia tak naik ke bilik lagi,” Hannah angguk. Pantas kakinya melangkah ke ruang tamu. Dia tarik nafas lega. Hilang seksanya duduk berdua-duan dengan ibu mentuanya. 


Terima kasih atas sokongan! 

Sila la bagi komen sikit. Nak tau apa pandangan anda :)