Bab Satu.
“Abah tak kira, Iya setuju atau tak, abah
tetap akan kahwinkan Iya dengan Harraz,” suara abahnya, Encik Halaq keras dipendengaran AiraItfiyah. Ketika itu
dia baru saja melangkah masuk ke rumahnya apabila telefon bimbitnya berlagu
nyaring.
“Assalamulaikum..” abah
mematikan perbualan. Langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk memberi
pandangan. Walhal ini soal masa depannya. Soal pasangan hidupnya biarlah dia
yang putuskan.
“Waalaikumusalam…” lesu
saja nada suara Iftiyah atau nama
sebenarnya Aira Ifftiyah. Dia merenung Iphone ditangannya. Kolam matanya
berkaca. Keluhan dilepaskan. Dia termanggu di situ, mencerna kembali apa yang disampaikan
abahnya tadi.
“Kenapa abah sanggup
lakukan semua ini. Iya anak kandung abah, bukannya anak tiri atau anak angkat
abah,” Iftiyah tersedu-sedu menahan tangis. Beberapa kali dia mengesat kelopak
matanya.
“Iya tak nak,”
desisnya. Beberapa kali dia menggelengkan kepalanya seperti Encik Halaq berada
di hadapannya.
Dia bangun menuju ke
bilik tidurnya dan berpapasan dengan teman serumahnya sejak tinggal di
Brisbane. Kamariah atau Kay, anak gadis yang berasal dari Pulau Pinang itu langsung
tidak ditegurnya.
Kay anak kepada pesara guru itu sering
menjadi tempatnya merujuk setiap kali ada masalah. Kerana sikap Kay itu, mereka
menjadi rakan karib walaupun persahabatan mereka baru menjangkau usia setahun.
“Ifti jom kita keluar,”
Kay yang nampak kelibat Iftiyah di rumah menyapa. Dia baru saja selesai
bersolat kerana telekung sembahyangnya masih membaluti badannya.
Tubuh gempalnya dihenyak ke sofa berusia kira-kira
lima tahun itu. Peninggalan student lama mereka dahulu. Telekung sembahyang di
buka dan dilipat.
“Aku tak ada hati nak
keluar…dah penat sangat ni. Kelas aku pun
baru saja habis tadi. Tengoklah nanti kalau aku rasa nak keluar aku
ketuk pintu bilik kau” katanya cuba berselindung hal sebenar.
Dia menunduk, bimbang matanya yang bengkak
itu dilihat teman serumahnya. Nanti panjang pula dia bersoal jawab.
“Okey.. kalau kau nak
keluar nanti cakap dengan aku. Aku ada kat bilik. Kalau kita keluar boleh cari
barang sikit. Stok barang dapur dah banyak habis,” katanya. Kakinya diatur ke
bilik tidur disebelah kanan.
Tetapi langkahnya
terhenti. Dia berpaling semula kearah Iffiyah.
“Eh kejap..kejap.. tadi
aku ada jumpa Haniff. Dia kirim salam kat kau. Dia cakap tak sempat dia nak
panggil kau tadi. Kau menonong saja berjalan,” Kay bercerita. Dia merujuk
kepada Haniff yang merupakan teman sekuliah mereka.
“Mmm..aku nak cepat
tadi. Tak dengar pula dia panggil aku,” dia membalas. Lega. Dadanya diurut
perlahan. Nasib baik Kay tidak perasan atau dia berpura-pura tidak perasan
keadaan dirinya.
Biasanya macam tulah. Selepas beberapa hari
barulah temannya itu akan berjumpa dengannya dan bertanya. Mungkin mahu memberi
ruang kepadanya untuk berfikir dan bertenang dahulu.
“Aku masuk dululah.
Nanti kalau kau nak keluar kau panggil aku,” sekali lagi Kay mengingatkan
dirinya sebelum melangkah pergi dari situ.
Iftiyah angguk. Lega
Kay tidak perasan matanya yang agak sembab itu. Cepat saja kakinya ke bilik
tidur bersebelahan. Dia perlu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum
mengerjakan solat Asar.
Kusyuk dia menunaikan solat Asar petang itu.
Seluruh jiwanya diserahkan kepada Allah taala. Dia mahu mengadu kepada Allah.
Panjang dia berdoa petang itu, memohon Allah
memberikan dia kekuataan, tinggal jauh diperantauan memerlukan dia sentiasa
tabah, memohon dipanjangkan usianya, usia ibu bapa dan adik beradiknya dan
memurahkan rezeki keluarga mereka.
Akhirnya dia meraup kedua-dua tangannya ke muka.
Diambil al-Quran dan mula membaca kalimah suci itu. Selepas solat, dia akan
pastikan sekurang-kurangnya satu juzud dia akan baca setiap hari.
“Sodakoallah hulazim..” dia menghabiskan
bacaannya. Al-Quran itu dibawa ke muka lalu dikucupnya. Hatinya sedikit lega,
biarpun tidak sepenuhnya. Sejadah dan telekung sembahyang di sidai.
Dia membaringkan dirinya di katil. Matanya
dipejam rapat. Mahu merehatkan mindanya yang agak kusut itu. Tetapi fikirannya menerawang mengingati perbualannya
bersama Encik Halaq tadi.
Suasana ceria ketika mendengar suara Encik
Halaq menjadi sebaliknya apabila abah mula berterus terang dengannya. Tujuan
sebenar si ayah menelefonnya di Brisbane walhal selama ini tugas menelefon
dirinya diserahkan kepada ibu atau adik beradik yang lain.
Biarpun dia sedikit pelik tetapi dia
cuba berfikir yang baik-baik. Mungkin
abah merindui dirinya seperti juga dirinya merindui keluarga di tanah air.
Namun, kata-kata abah selepas itu membuatkan Ifftiyah tergamam.
“Abah dah terima
pinangan keluarga Harraz. Dua minggu lagi Iya akan dinikahkan. Abah akan
mewalikan Iya nanti,” apabila disebut abah mewalikan dia, bermakna dia bukanlah
anak angkat atau anak tiri tetapi kenapa abah sanggup melakukan semua itu,
desisnya.
“Nikah? Soalnya.
Suara abahnya sayup-sayup kedengaran dihujung
talian. Sesekali dia mendengar suara ibunya bersembang dengan adik beradiknya
yang lain. Suara along dan kakak iparnya, Kak Masrina menyapa telinganya.
Angah dan acik pun ada… ooo masing-masing ada
di rumah sekarang ini. Dia disapa rindu kepada ketiga-tiga abangnya itu.
Dia kembali ke alam realiti apabila mendengar
suara abahnya.
“Aah nikah,” balas abahnya.
Mana boleh dia dinikahkan kerana dia sekarang
jauh beribu batu. Dia di Brisbane manakala lelaki yang dikatakan bakal suaminya
pastilah tinggal di Kuala Lumpur. Takkan
terjadi perkahwinan jika pengantin perempuan tiada di situ.
Lebih
penting lagi tanpa persetujuan empunya badan. Adakah ibu mengetahui apa yang
dirancang ayahnya sekarang? Rasanya mahu saja dia memutuskan perbualan itu dan
menghubungi ibunya, Puan Salmiah.
“Abah boleh nikahkan Iya tanpa kehadiran Iya.
Kalau itu yang Iya fikirkan sekarang,” Encik Halaq bagaikan mengetahui apa yang
bermain dan berlegar dalam fikiran anak bongsunya itu.
“Bah..” panggilnya.
Tetapi belum dia menghabiskan kata-katanya Encik Halaq sudah memotong.
Kelat-kelat masam dia apabila mendengar kata-kata abah seterusnya.
“Abah boleh kahwinkan anak abah dengan
sesiapa saja yang abah rasa layak dan sesuai untuk Iya. Walaupun tanpa
kehadiran pengantin perempuan. Hukum sah nikah perlu ada pengantin lelaki, wali
dan saksi. Itu sudah cukup.
“Lagi pun, Islam membenarkan perkahwinan itu,
asalkan si ayah memilih pasangan anaknya yang sekufu, baik, beriman dan mampu
membimbing. Dalam hal ini abah lihat semua sifat itu ada pada Harraz,”
“Iya
belum terasa mahu berkahwin sekarang ini,” akhirnya Iftiyah berterus terang. Entah hantu jenis apa yang merasuk abahnya sehingga abahnya itu
sanggup bertindak sebegitu.
“Abah tidak minta keizinan Iya dalam hal ini.
Abah cuma nak beritahu Iya dua minggu lagi Iya akan dikahwinkan. Jadi selepas
kahwin abah minta Iya jaga maruah Iya sebagai isteri dan jaga maruah suami
Iya,” balasnya.
Langsung tidak terusik dengan kata-kata si
anak tadi. Hatinya sudah nekad. Peminangan keluarga Tan Sri Yahya sudah
diterima dan Izz Harraz sendiri sudah bersetuju dengan pertunangan itu.
Dia dan Tan Sri Yahya berkawan sejak kecil
lagi dan apabila dewasa masing-masing berpisah dan hanya berjumpa baru-baru
ini. Masa itulah Tan Sri Yahya menyuarakan hasrat untuk meminang anak bongsunya
itu.
Allah..Allah.. terasa dadanya sakit. Terasa
ada duri yang mencucuk hati dan jantungnya. Iftiyah sudah menangis. Kejam! Itu
yang dia rasakan sekarang, Seorang ayah tidak sepatutnya melakukan begitu
kepada anak kandungnya sendiri.
“Kenapa abah lakukan semua ini?” soalnya. Dia
cuba mengawal airmata agar tidak jatuh ke pipi. Namun akhirnya dia gagal juga.
Airmatanya laju menitis.
“Abah sudah beri kebebasan pada Iya selama
ini, malangnya Iya salah gunakan kebebasan yang abah berikan itu. Iya ingat abah tak tahu apa yang Iya lakukan
selama ini? Iya lupa yang Iya dikelilingi orang yang mengenali Iya di sana,”Iftiyah
diam. Hatinya berdegup kencang mendengarnya.
Siapa yang bersusah payah bercerita kepada
abahnya dan mencanang keburukan dirinya. Hairan! Sudah tiada kerja gamaknya
manusia sebegitu. Walhal tiada satu pun perkhabaran itu tepat dan benar.
“Abah takkan lakukan semua ini kalau Iya
tidak sosial begini. Abah tidak mahu Iya terus hanyut. Walau di mana kita
berada kita perlu berpegang pada agama tetapi anak abah sudah lupa semua tu.
“Dunia Iya sudah berubah sebaik saja Iya
jejak kaki ke sana. Abah tahu semua itu. Walaupun ibu cuba menutup perbuatan
Iya tetapi apa yang Iya lakukan itu tetap sampai ke telinga abah,” sayup-sayup
suara Encik Halaq kedengaran.
“Salah ke Iya berkawan dengan lelaki?”
soalnya.
“Tak salah tapi kalau
sudah keterlaluan asyik bertukar pasangan itu yang salahnya,” balas Encik
Halaq.
“Iya bukan bertukar lelaki
tetapi Iya cuba mencari keserasian. Demi Allah bah, Iya tak pernah ke disco
atau berfoya-foya dengan lelaki. Iya masih ada maruah. Iya masih ingat pesan
abah dan ibu,” dia sudah teresak.
Jahat betul manusia yang menfitnah dirinya dan
lebih dahsyat lagi apabila abah dan ibu percaya bulat-bulat apa yang dikatakan
manusia itu.
“Kalau betul Iya tak
lakukan abah bersyukur. Tetapi Abah nak Iya berubah dan perubahan itu hanya
boleh dilakukan jika Iya ada tanggungjawab itu. Abah nampak Harraz mampu
membimbing Iya kearah kebaikan,”
“Tapi bah..” dia masih mahu membantah.
“Abah sanggup lihat anak abah menderita?”
Ifftiyah bertanya. Mungkin pertanyaan dia itu akan membuatkan Encik Halaq
berfikir dua tiga kali.
“Percayalah abah lakukan semua ini untuk
kebaikan Iya. Mungkin masa ini Iya tak nampak apa yang abah nampak tetapi akan
datang Iya akan berterima kasih kepada abah dan ibu sebab menjodohkan Iya
dengan Harraz,” encik Halaq masih lagi memujuk.
Ooo.. Ibu tahu. Desis Iftiyah. Kalau ibu tahu
mungkin adik beradiknya yang lain juga tahu. Along, Angah dan Acik juga tahu
tentang rancangan gila abah mereka ini. Dia mahu meraung.
“Sampai hati abah…” hanya itu yang keluar
dari bibir si anak.
“Abah tahu Iya sukar untuk menerimanya.
Lambat laun Iya akan terbiasa. Lima tahun di Brisbane satu jangka masa panjang.
Apa-apa boleh berlaku dan jika Iya sudah berkahwin, abah tahu ada batas yang
perlu Iya ikut,”
“Iya tak nak abah… Iya tak nak,” Di hujung
talian dia mendengar tangisan si anak. Bukannya dia tidak sedih mendengar esak
tangis si anak. Dia turut terasa sebaknya tetapi hatinya perlu bertegas jika
mahu melihat anaknya berubah.
Anak gadisnya memang keras hati. Lepas bebas
sebab itu dia mengambil keputusan drastik menikahkan anaknya dengan anak rakan
perniagaannya. Haq Harraz. Biarlah Iftiyah berjauh hati dengannya asalkan dia
dapat menarik kembali Iftiyah ke landasan betul.
Banyak dia mendengar cerita anak gadisnya
itu. Sosialnya nauzubillah, sering bertukar lelaki. Kalau cara ini dapat
menarik Iftiyah dia reda dengan kemarahan si anak. Dia tahu anak bongsunya itu
walaupun nampak degil tetapi ada lembutnya.
Kalau kena gayanya Aira Ifftiyah akan tunduk
mengalah. Dia harap Izz Harraz dapat melembutkan hati anak gadisnya. Dia tunggu
saat itu. Anak manjanya itu perlu menggalas tanggungjawab itu.
“Gambar bakal suami Iya, along akan emel
nanti. Jangan pula Iya tak buka emel tu nanti. Nanti along bagi no telefon
Harraz, Iya telefon dia nanti,” ujar Encik Halaq. Selepas lama berdiam diri.
Ifftiyah mengeluh. Kenapa dia yang kena
menelefon lelaki itu, kenapa tidak lelaki bernama Harraz itu? Lebih tepat bakal
menantu pilihan abah itu. Lelaki itu
yang perlu memulakan langkah perkenalan, bukan dirinya.
“Kenapa Iya pula. Lelaki itu nak kahwin
dengan Iya sepatutnya dia yang kena call Iya. Bukannya Iya. Macam sudah tiada
perempuan lain yang nak dinikahi. Entah-entah tak ada perempuan yang nak kat
dia,” tuduh Ifftiyah.
“Ya Allah Iya, mengucap sayang oiii… abah
berikan Iya suami yang handsome, cukup segala sifatnya. Cukup ilmu agamanya yang
abah pasti boleh membimbing anak manja abah nanti,”
“Iyalah anak manja…kalau anak manja abah tak
buat Iya macam ni. Mengahwinkan Iya dengan lelaki yang tidak pernah Iya
kenali,” dia memprotes. Suaranya bergetar dan dia pasti Encik Halaq sengaja
mengeraskan hatinya.
Mana mungkin satu-satunya anak perempuan dia
merangkap anak bongsu tidak diberi perhatian. Anak manja! Itulah gelaran yang
diberikan abang-abangnya selama ini. Tetapi nampaknya sekarang dia sudah hilang
gelaran itu!
“Sama saja, siapa yang call siapa. Kalau dia
tak call Iya, Iya yang kena call dia,” balas Encik Halaq. Iffitiyah mendengus
mendengar kata-kata Encik Halaq. Belum apa-apa lagi abah sudah memenangkan
bakal menantunya.
Kalau sudah berkahwin nanti entah-entah abahnya
akan lupa yang dia ni anak abah dan bukan lelaki itu. Dengusnya. Dia sudah
dapat bayangkan lelaki itu akan mendapat tempat teristimewa dihati abahnya.
“Ingat tu pesan abah. Dua minggu dari
sekarang Iya akan berkahwin. Selepas itu abah nak Iya bersiap sedia di sana
Harraz akan datang menemui Iya di sana. Dia dah janji dengan abah selepas majlis
akad nikah kamu nanti dia akan datang ke Brisbane, kebetulan dia ada urusan
bisnes di sana,”
Ooo.. ada urusan bisnes… kalau tiada apa-apa
di Brisbane mungkin lelaki itu tidak akan ke sini menemuinya, dengusnya.
Seketika Ifftiyah tersedar. Buat apa lelaki itu mahu datang ke Brisbane kalau
tiada apa-apa yang mahu dicari di situ.
“Jaga diri baik-baik di sana. Ibu dan
abang-abang kirim salam. Assalamulaikum,” talian diputuskan. Iphone diletakkan.
Dia kembali ke alam realiti. Lamunannya berkecai.
Itu pun kerana dia mendengar bunyi ketukan bertalu-talu dari luar biliknya. Cepat
saja kakinya melangkah ke arah pintu. Terjongol wajah Kay. Dia menghulurkan telefon
bimbitnya.
“Haniff call. Dia kata kau tak angkat call dia,”
handphone Sambung Note 111 itu diserahkan kepada Ifftiyah.
“Aku kat luar,”Kay bersuara.
“Thanks Kay,” dia menutup pintu biliknya.
“Hello..” sayup-sayup suara Haniff.
“Waalaikumusalam…” hanya terdengar gelak tawa
Haniff.
“Sorry sayang… I terlupa nak bagi salam. Assalamualaikum,”
balas Haniff. Panggilan sayang tidak lekang dari bibir lelaki itu tetapi hatinya
langsung tidak bergetar apabila mendengarnya.
“Mmm.. ada apa Niff,” dia bertanya. Dia duduk
di katilnya. Nota-nota kuliahnya diteliti.
“Sayang ni…tiap kali I call, pertanyaan tu je
yang you tanya,” balas Haniff. Dihujung kata-katanya dia tergelak kecil. Airis dapat
gambarkan lelaki itu ketawa dihujung talian.
“I tak kacau you kan?” dia menyoal.
“Kalau I cakap you ganggu, you nak letak telefon?”
Ifftiyah bertanya.
“I nak kacau juga,”
“Jadi tak perlulah you nak bertanya,” dia membalas.
Ada nada sinis di situ. Haniff tidak boleh
diberi pengharapan nanti dia sendiri yang susah. Apatah lagi statusnya akan berubah
dalam tempoh dua minggu lagi.
“You ni kan Iffi…kalau dengan I mesti nak marah-marah.
I yang sebaik-baik lelaki pun asyik kena marah,” dia buat suara sayunya.
“Dahlah Niff, I tak rasa nak bercakap dengan you
sekarang ni. I ni penat dan rasa nak tidur je sekarang ni. Esok kita jumpa kat kelas,
bye..” dia tekan butang merah. Malas mahu mendengar suara Haniff.
Dia keluar dari bilik tidur menuju ke ruang tamu.
Samsung Note 111 Kay perlu dipulangkan kepada empunya diri. Kay asyik dengan siaran
TV kegemarannya.
“Thanks bebeh… Nanti kalau Haniff call lagi tolong
jangan angkat,” kata-kata dia mengundang kehairan Kay.
“Why?”
“Dia tu saja-saja je call.. bukannya ada urusan
penting pun. Dia ajak bersembang tapi aku pulak bukan jenis kaki macam tu. Dari
bersembang lebih baik aku membuta,” Ifftiyah menerangkan situasi sebenar.
Haniff, jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu memang
sangat baik tetapi masalahnya dia pula yang kurang baik.
“Hish kau ni.. kasihan kat Haniff. Sejak kita
belajar di sini sampai sekarang tak sudah-sudah dia menagih kasih kau. Cubalah lenturkan
sikit hati kau tu. Biar jadi cair. Nanti dia berpaling kasih kau juga yang sedih,”
“Aku lagi suka… setiap kali lepas solat aku doakan
dia lupakan aku. Kalau boleh aku nak dia berjodoh dengan gadis yang baik-baik. Macam
kau,” dia pandang Kay. Gadis itu memang baik tetapi agak kasar sikit. Kasar boleh
dilentur.
“Kalau aku kenen-kenenkan dia dengan kau, rasanya
okey tak?” Iffiyah bertanya. Dia tahu Kay juga ada hati dengan lelaki itu tetapi
Haniff pula asyik mengejar dirinya. Jadi, mana lelaki itu Nampak kebaikan Kay.
“Hish kau ni..malulah aku. Kalau betul dia nakkan
aku, biar dia yang mulakan dulu,” balas Kay. Dia tersipu-sipu malu.
Ifftiyah diam. Kalau macam tu sampai bila-bila
pun Haniff tidak akan memulakannya. Dia kenal Haniff. Kalau sudah berkenan dengan
seseorang dia tidak nampak orang lain lagi. Jadi dalam hal ini, Kay perlu memulakan langkah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteizz harraz? haq harraz?
ReplyDeleteOh sebenarnya nak bagi nama Haq Harraz lepas tu tukar pulak sebab nama Izz Harraz lagi sedap. Sorry kalau ada silap nama tu hehehe.
ReplyDelete