Assalamualaikum. Dah lama tak post dalam blog. Bersawang dan berhabuk sudah rumahku ini.
Ini karya terbaru akak. Judulnya Pikat Hati Dia. Bakal menemui pembaca di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2017.

Sama-sama kita nantikan. Doakan akak sihat-sihat saja, ya?





PIKAT HATI DIA (PROLOG)

“KAU kena lepaskan kenangan itu. Buat apa kau ingatkan dia tetapi dia....” kata-kata itu tidak jadi diteruskan bila dia melihat wajah itu berubah.
Aqid Zayyad mengeluh kecil.  Wajah teman didepannya direnung. Gelas berisi teh ais itu ditolak ke tepi. 
Kotak rokok dicapai.  Sebatang rokok diambil dan dicepik ke bibirnya.  Rakus dia menyedut dan menghembusnya semula.
“Kau cuba nak cakap apa tadi? "soalnya. nada suaranya agak tinggi.  Rokok yang tinggal separuh itu dibiarkan berasap dalam ashtray.
Lelaki bernama Zamarul itu direnung tajam.  Kurang senang dia mendengar kata-kata itu.
            “Kau nak kata dia perempuan tidak baik.  Gitu?” soalnya keras.
“Kalau dia perempuan baik,  dia tak tinggalkan kau terkontang-kanting macam ni. Tinggalkan kau tanpa arah tujuan,” keras juga nada suara Zamarul.
Aqid Zayyad meramas rambutnya.  Sebatang lagi rokok dicapai.
“Aku tengok kau makin kuat merokok.  Jangan kerana kau nak lupakan kisah cinta kau tu musnahkan diri sendiri,”
Pantas dia capai kotak rokok dan dilempar ke dalam bakul sampah.  Bulat mata Aqid Zayyad bila melihat kotak rokok itu selamat mendarat dalam bakul sampah.
“Kau jangan nak seksa diri Qid. Aku tak nak hilang sahabat hanya kerana seorang wanita seperti dia tu.”
“Hidup kau perlu diteruskan.  Kau ada tanggungjawab yang perlu digalas. Keluarga kau,  bisnes kau, semua tu perlu kau fikirkan.”
Aqid Zayyad melepaskan keluhan.
“Dia bukan perempuan baik Qid.  Kau kena ingat lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
“Tapi aku pasti dia bukan orangnya. Kau perlu lupakan dia.” Bahu si teman ditepuk.