Bab 5 ( Part 2)

“Ya Allah  budak ni. Kamu berdua ni dah kenapa? Dah tak ada tempat sangat nak berasmara?” tiba-tiba  ada suara perempuan memetir dari arah belakang. Hannah yakin sangat, suara itu datangnya dari peti suara Datin Sofiah.
Hannah usap dada! Terkejut beb! Cepat saja dia menolak tubuh Luth Mikail. Tadi kalau Datin Sofiah tak menjengah ke dapur dia pasti dia sudah tangkap lentuk dengan suami sendiri.
“Apa kamu buat ni? Mika? Hannah? Dah tak ada tempat lain dah selain dapur?” soal Datin Sofiah. Dia pandang Mak Senah.
“Kamu jangan pandang akak macam tu. Manalah akak tahu deme ni nak buat kerja tak senonoh di sini. Akak tinggal dia orang ni sekejap saja. Pergi ambil pinggan mangkuk kotor kat ruang tamu tadi,”
“Kome ni pun kenapa tak masuk bilik saja. Kat ruang dapur Mak Senah juga kome berdua buat kerja,” aik! Hannah sudah mahu hantuk kepala di dinding. Dia pandang wajah Luth Mikail. 
Mata Luth Mikail bulat. Mak Senah sudah main taktik kotor. Bukan ke tadi Mak Senah  yang memberi kebenaran untuk dia bermesra dengan Hannah. Dia pandang Mak Senah, ternampak senyuman pembantu rumahnya itu.
“Awaklah. Lain kali jangan buat tak senonoh kat sini. Semua ni salah awak,” bebel Hannah. Muka dia malu empat inci. Nasib baik umi mentuanya yang muncul didapur tadi, kalau tetamu lain, tak ke haru dibuatnya.
“Apa pula saya. Hannah tu. Peluk saya erat sangat sampai saya tak boleh nak lepaskan diri,” selamba Luth Mikail berkata. Dia tayang muka tak bersalahnya.
 Hannah cubit lengan lelaki itu. Suka hati saja buat statement maut macam tu. Macamlah dia yang terhegeh-hegeh sangat nak peluk Luth Mikail. Baru saja dia mahu membalas Datin Sofiah bersuara dengan nada tegas.
“Dah..dah.. nasib baik umi yang masuk dapur, kalau sanak saudara masuk sini tadi tak ke malu Hannah nanti. Kamu ni Mika, kalau dah kemaruk sangat ajak isteri masuk bilik, orang tak nampak, mata kami pun tak sakit melihatnya,” marah Datin Sofiah.
Wajah Hannah kelat-kelat masam. Ni semua salah Luth Mikail tetapi dia pula yang kena serang hendap. Dia lempar jelingan maut kepada Luth Mikail, biar lelaki itu tahu  dia sedang marah sekarang.
Kedengaran gelak Luth Mikail. Gelak yang semestinya menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya. Mengada-ngada betul.
“Amboi..amboi gembira hati nampak. Suka sangat kan buat Hannah macam tu,” marah Datin Sofiah. Bukan dia tak nampak tadi menantunya itu berhempas pulasmeleraikan pelukan si suami.
Cepat saja Luth Mikail melepaskan pelukannya. Tersengih dia mendengar kata-kata uminya sebentar tadi. Dia toleh kearah Hannah, kasihan pula melihat wajah terkulat-kulat si isteri.
“Jangan dilayan si Mika tu Hannah, jom ikut umi keluar. Umi nak perkenalkan Hannah dengan ahli persatuan umi. Nanti kalau terjumpa bolehlah tegur-tegur,” dia tarik tangan Hannah.
Mahu tak mahu Hannah mengekori langkah umi mentuanya. Sempat dia melihat senyuman sengit lelaki itu. Bukan itu saja Luth Mikail turut mengenyitkan matanya. Huh, benci betul dia bila melihat kegatalan tahap ulat bulu suaminya itu.
“Lyn perkenalkan menantu aku, Hannah,” Hannah hulur tangan untuk bersalam. Setakat bersalam hujung kuku sajalah. Nampak sangat mak datin didepannya itu tidak mesra alam. Tidak seperti umi mertuanya.
“Datin apa khabar?” soalnya berbasa basi. Malas mahu menjadi peramah sangat bila melihat Datin Lyn yang bersikap dingin dengannya.
“Mmm.. baik. Ni ke menantu kau Sofi?” soal Datin Lyn. Dia pandang Datin Sofiah.
“A’ah… menantu aku. Isteri Mika,” balas Datin Sofiah. Ada nada bangga di situ apabila memperkenalkan Raisya Hannah kepada temannya.
“Mana si Mika kutip budak ni. Tak cantik langsung. Aku tengok macam budak kampung saja. Hish anak kau ni pun kalau nak cari jodoh agak-agaklah. Takkan cari yang macam ni kot,” berubah wajah Datin Sofiah dan berubah juga wajah Hannah. Hannah tarik nafas. Sabar Hannah..sabar. Jangan dilayan perempuan yang tidak cukup akal ini.
“Apa masalah kau sebenarnya ni Lyn. Menantu aku cukup punya hebat. Bekerjaya, cantik, pandai memasak, pandai menguruskan rumah tangga,” Hannah terasa mahu tergelak apabila Datin Sofiah memujinya. Terima kasih umi. Desisnya.
Dia rasakan ada tangan mengenggam erat jari jemarinya. Dia angkat muka, Luth Mikail berdiri disebelahnya. Langsung dia tidak perasan kehadiran lelaki itu.
“Auntie ni ada masalah ke? Siapa auntie mahu mengutuk isteri saya. Hannah jauh lebih bagus daripada anak auntie si Intan tu. Mungkin tak sempurna di mata orang, tapi  dimata  saya,  dialah paling sempurna,” balasnya.  Jari jemari Hannah makin kuat digenggamnya.
Hannah tersenyum. Lega mendengar kata-kata Luth Mikail. Dalam diam dia berterima kasih kepada lelaki itu yang sanggup mengangkat darjatnya setinggi mungkin dihatinya.
Datin Lyn diam. Mukanya tebal seinci. Tadi  dia ingatkan temannya itu akan menyokong kata-katanya tetapi rupa-rupanya tidak.  Datin Sofiah sudah berubah selera, desisnya.
“Dahlah Lyn. Aku tak pernah memandang rendah pada anak menantu kau selama ini.  Jadi aku harap kau pun begitu juga. Baik kau jaga anak menantu kau tu,” balas Datin Sofiah. Alang-alang temannya dah berkata-kata.
“Aku ke sana kejap. Kau sembang-sembanglah dulu,” Datin Sofiah melemparkan senyuman. Biarlah walau apa pun, Datin Lyn atau Haslinda tu rakannya sejak berbelas tahun lalu. Takkan dengan kata-kata itu merenggangkan persahabatan mereka.
“Jom Hannah ikut umi,”
“Saya minta diri dulu,” Hannah pandang Datin Lyn.
Datin Lyn angguk. Dia hanya memerhati langkah teman bersama menantunya makin menjauh. Dia pun salah bermulut celupar sangat. Kan dah kena. Dia akui Hannah memang tak kalah cantiknya  tetapi disebabkan dia cemburu dia sanggup berkata begitu.
Dia melepaskan keluhan.  Kasihan anaknya, sejak dulu lagi Intan   memang mencintai Luth Mikail. Nampak gayanya Intan akan menangis tak berlagu nanti.

P/S : Komen sangat dialu-alukan. Komen sikit ;)