BAB 7

LUTH Mikail mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya. Dengan berhati-hati dia membuka pintu bilik. Suasana suram dalam bilik itu memberi petanda si pemilik hatinya sudah dibuai mimpi.
            Kelihatan si pemilik hatinya berbaring sambil memeluk bantal. Perlahan-lahan dia melangkah kearah katil. Bimbang isterinya itu tersedar. Dia duduk dibirai katil dan melihat pemandangan indah yang terbentang didepan matanya.
            Dari atas dia menilik. Rambut Hannah yang berkilat itu mahu disentuh tetapi dia membatalkan niat itu. Bimbang Hannah tersedar dari tidur. Dari rambut dia memerhati pula mata Hannah. Walaupun tertutup rapat tetapi masih cantik di pandangan matanya.
Bulu mata Hannah memang lentik, sekali pandang macam bulu mata Cik Ta tetapi Hannah punya pastinya original.
“Dah puas teliti wajah saya?” tiba-tiba ada suara menegurnya.  Luth Mikail urut dada. Ya Allah terperanjat dia dibuatnya. Bukan ke Hannah lena tadi?  Dia punyalah berhati-hati masuk agar Hannah tidak terjaga.
“Dah puas teliti wajah saya?” lagi sekali soalan itu ditanya. Hannah bangun dan duduk bersila didepan Luth Mikail. Rambutnya yang panjang mengurai itu  diikat tinggi.
“Bukan sayang dah tidur ke?” dia pula bertanya.
“Dah tidur tapi terjaga. Buka pintu bukan main kuat mahu tak terjaga saya dibuatnya,”
“Iya ke? Abang punyalah berhati-hati tadi rupanya terjaga juga. Kalau dah macam tu apa kata kita buat kerja overtime malam ni,” dia tayang muka selamba. Apa nak dimalukan, di depan dia ni isteri, wanita halal untuk dia gauli.
Wajah Hannah sudah berubah. Walaupun hanya ada dia dan Luth Mikail di situ, tetapi perasaan malu dan segannya masih tidak hilang. Lelaki itu memegang tangannya pun dia sudah terketar-ketar.
“Saya mengantuk,” dia buat alasan. Cepat saja dia berbaring semula. Matanya dipejam rapat. Janganlah diminta yang bukan-bukan Luth Mikail oiii.. muka dia dah kebas ni sebab malu.
Sejak dua minggu lalu mereka sudah bersatu dalam erti kata sebenar. Bahagia! Itu yang dia mampu katakan. Luth Mikail ternyata seorang suami yang hebat. Romantik dan penuh kasih sayang. Nasib baik Luth Mikail sanggup bersabar dengan kerenahnya, sanggup menunggu sehingga dia betul-betul bersedia.
“Yang jom la.. dah lama kita tak buat overtime. Last hari overtime kita sebelum sayang period kan.. sekarang ni dah dekat dua minggu takkan masih angkat bendera putih lagi,” ujarnya dengan nada yang seperti tadi. Selamba!
“Yanggg…” suaranya makin dikuatkan. Sakit hatinya melihat Hannah langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tangan Hannah ditarik.
“Tak baik tidur tanpa suami,” katanya. Mata Hannah terbuka luas.
“Hukum mana pula awak pakai?” soal Hannah. Geram juga dia mendengar kata-kata Luth Mikail.
“Hukum abanglah. Takkan hukum umi pula,” katanya. Dia berusaha menarik tangan Hannah.
“Awak nak apa?” tinggi nada suara Hannah.
“Nak sayang.. auummm…” dia mengaum.
“Hah?” pantas Hannah bangkit. Terkekek-kekek Luth Mikail apabila dia berjaya   membuatkan Hannah bangun dari pembaringannya. Peduli apa dia dengan jelingan maut Hannah. Tubuh Hannah digeletek.
“Awakkk…” marah Hannah. Dia bergerak ke kiri dan kanan kerana kegelian. Memang dia alah orang memegang pinggangnya, kalau kawan-kawannya dah lama kena penampar Jepun.
“Kalau tak nak abang geletek, baik sayang ikut arahan abang. Abang tahu mana kelemahan sayang,”
“Saya rasa awak ni memang ketandusan kasih sayang,” sela Hannah. Dia sudah bangun dari pembaringannya. Hilang selera untuk bermalas-malasan. Melihat wajah gatal Luth Mikail membuatkan dia menjadi seram sejuk.
“Memang pun. Umi tak sempat nak bagi sepenuh kasih sayang kepada abang sebab terpaksa bersaing dengan Luqman tu. Penyibuk betul budak tu,” dia menyalahkan uminya. Di akhir kata-katanya dia tergelak.
“Sayang tahu tak membahagiakan suami ni dapat pahala tau. Buat suami gembira, bahagia sayang dapat ganjarannya,” selamba kata-kata itu terkeluar dari mulutnya.
“Contoh?” soal Hannah. Dungu pun ada juga soalan Hannah. Saja mahu cari penyakit. Dah tahu Luth Mikail banyak akal tapi mahu ditanyanya juga. Bila dah diberi jawapan dia juga yang tersipu-sipu.
“Macam yang abang minta tu lah. Kita buat kerja part time ni sayang ingat saja-saja ke? Abang nak bagi sayang pahala berlipat ganda. Sayang tak nak pahala percuma?,” soal  Luth Mikail. Dia siap tersengih-sengih.
Hannah mendengus. Kan dah kata tadi. Hampeh kelapa betul! Itu juga yang diingatnya. Kalau nakkan ‘benda tu’ memang siap berhujah tentang Sunnah nabi dan dosa pahala. Hannah buang pandangan ke arah lain, malu siot! Mulut Luth Mikail memang tak ada insuran.
Dia bangun. Tak mahu dia berlama di situ. Melihat wajah gatal lelaki itu membuatkan tubuh badannya jadi seram sejuk. Bukan setakat itu saja, panas berbahang pun ada juga, biarpun suhu penghawa dingin di biliknya diparas beku.
“Nak ke mana pula tu?” tangan Hannah ditarik.
“Nak keluar kejap. Nak tengok apa yang berlaku kat bawah tu,” balasnya. Tudung bawal yang dibuka tadi disarung ke kepalanya.
“No..no… yang kat bawah tu biar depa settle kan. Yang kat atas ni, abang kena settle kan dulu,” mata Hannah terbeliak. Ya Allah memang tak senonoh betul Luth Mikail ni. Kalau dengar dek orang, tak tahu mana dia nak letak muka.
Dah lah tadi mereka sudah tertangkap dengan adegan tak senonoh di ruang dapur. Nasib baik umi mentua, kalau orang luar mahu dia tidak keluar rumah berminggu-minggu. Luth Mikail? Memang semedang je gatalnya.
“Awak ni kan tak ada kerja lain ke? Asyik ingat benda tu saja. Awak tahu  tak banyak lagi yang saya kena fikirkan. Tak macam lelaki pusing-pusing fikir benda sama,” gumam Hannah. Dia berlabuh semula di birai katil.
“Ada pula kata macam tu. Memang adatlah tu, orang berkahwin. Kalau kita belum kahwin takkan abang nak minta yang bukan-bukan. Abang tahu juga dosa pahala,” tuturnya lembut. Tangannya mengelus-ngelus lembut jari jemari Hannah. Pinggang si isteri dipeluk erat. Terasa sungguh bahagia bila duduk berdua-duan sepertit ini.
Hannah mengeluh. Luth Mikail kalau tangan tidak bergerak memang tak sah. Laranglah banyak mana pun, marahlah berapi-api pun suaminya itu langsung buat tak layan. Paling tidak, dia tersengih.
“Awak..” panggil Hannah.
“Mmm..”
“Awak ada kekasih ke sebelum ni?”soal Hannah. Luth Mikail  memandang wajah Hannah. Pelik! Tiba-tiba saja isterinya bertanya soalan sebegitu. Selama ini, Hannah tidak pernah kisah tentang kehidupannya. Apa tah lagi mengenai kekasih.
“Kenapa tanya?” soalnya. Dari berbaring dan kemudian dia meniarap. Kedua-dua kakinya siap diangkat tinggi.
“Apa hal angkat kaki tinggi-tinggi sangat tu? Tak baik buat macam tu,” marahnya. Kaki si suami dijatuhkan. Pantang orang-orang tua bila ada anak-anak berbuat begitu. Umi di kampung pun kerap berkicau bila adik beradiknya duduk begitu.
“Apa yang tak baiknya. Sayang ni percaya sangat amalan karut marut. Ni mesti sayang takut umi dan abah cepat meninggal kalau buat macam ni,” makin diangkat kedua-dua kakinya. Terkekek-kekek dia mentertawakan Hannah.
“Susah betul bercakap dengan awak. Apa salahnya kalau kita ikut cakap orang-orang tua tanpa banyak soal. Bukan dia orang suruh kita pikul beras seguni pun," terkesan dia dengan sikap luth mikail.
“Sebenarnya sayang, orang tua marah kita angkat kaki macam tu bukan disebabkan takut mak ayah mati tetapi perbuatan tu tak elok dipandangan mata dia orang. Tu saja," ujar Luth Mikail. 
“Kepercayaan mak ayah cepat mati tu hanya mitos. Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah. Tak gitu sayang,?” Dia menutup perbincangan yang sudah menampakkan bibit pertengkaran. 
Masing-masing terdiam. Hannah merenung siling bilik tidurnya. Tudung yang dipakai tadi sudah lama ditanggalkan. Suhu penghawa dingin diturunkan. Tak tahan sejuk.
“Kenapa sayang tanya?” Teringat dia pertanyaan Hannah sebelum isu angkat kaki diperdebatkan.
“Tanya apa?” soal Hannah hairan. Dia langsung tidak teringat tentang pertanyaannya sebentar tadi.
“Pasal kekasih abang. Kenapa sayang tanya?”
“Ooo… pasal tu. Saja je. Tak boleh ke?” soal Hannah. Matanya dihalakan kearah Luth Mikail. Mereka berkahwin tanpa sempat menyelami hati budi masing-masing. Apa kesukaan, kegemaraan dan kebencian Luth Mikail langsung dia tidak tahu.
“Saja ke cemburu?” dia mengenakan si isteri. Harap Hannah nak mengaku memang tak lah. Bukan dia tak kenal perangai Hannah. Dia bangun dan duduk bersila. Kini mengadap Hannah.
“Sayang cemburu?” tebaknya lagi. Melihat wajah kelat-kelat masam Hannah ketika di bawah tadi dia pasti fikiran Hannah dicemari dengan kata-kata Aidil mengenai kawan baik Reena.
“Mana ada cemburu. Awak jangan fikir yang bukan-bukan pula. Saya tanya saja, iyalah dengar Reena dan Aidil sebut nama perempuan tu. Teringin juga saya nak tahu siapa dia,” Hannah berterus terang.
“Nama apa erk perempuan tu?” Luth Mikail buat-buat tanya. Mahu mendera sebenarnya. Wajah masam kelat Hannah direnung penuh kasih. Nampak sungguh si isteri cemburu tetapi tak nak mengaku. Siapa suruh tak nak mengaku.
“Mana saya tahu. Nama pun kekasih awak. Kalau kekasih saya, memanglah saya tahu nama dia,” balas Hannah geram.
“Aik yang.. jangan sebut kekasih sayang kat sini. Abang cemburu,” cepat saja Luth Mikail bersuara.
“Saya mana ada kekasih. Tak sempat nak berkasih kerana sibuk dengan kerja. Lagi pun saya mahu melupai kejadian itu. Saya jadi seorang yang workaholic. Gila kerja. 24 jam masa saya dipenuhi dengan kerja,” tuturnya ikhlas.
“Sorry sayang… abang minta maaf. Abang tahu semua yang berlaku ini adalah salah abang. Kalau abang berhati-hati malam tu, sayang tak akan melalui peristiwa sedih ini. Sayang takkan bawa diri sejauh itu,” tangan Hannah digenggam. Kata-kata Hannah walaupun bersahaja tetapi menusuk jauh ke hulu hatinya.
“Habis tu sayang tak pernah ada kekasih?”soal Luth Mikail. Hilang pertanyaan tentang kekasihnya. Dia pula bertanya tentang kisah hidup hannah.   Alang-alang Hannah menyentuh kisahnya.
Hannah geleng.
“Tipu. Abng tk percaya. Takkan org secantik syg xde org nak. Buta agaknya lelaki zaman sekarang” ujarnya.
“Mana saya tahu. Agaknya mereka tahu kisah aib saya dulu,” selamba hannah berkata. Luth mikail diam.
Tapi bagus juga, kalau ada orang usya Hannah susah pula dia mahu masuk nanti. Rupanya percaturan Allah cantik Allah mahu dia bertanggungjawab jadi dia tutup keinginan lelaki diluar sana untuk mengenali dan mendekati Hannah.
“Dah pukul berapa sekarag ni?” Hannah memesong percakapan. Duduk berdua dengan Luth Mikail dalam suasana lampu  Yang malap itu bukanlah satu pilihan yang tepat untuk dia. Luth Mikail banyak akal! Ada saja cara untuk mengenakan dirinya.
“Baru pukul  11 malam. Kenapa sayang tanya?”soalnya. Hilang terus lamunannya sebentar tadi.
“Dah lewat sangat. Patutlah mengantuk saja,” dia sudah berbaring. Beberapa kali dia  menguap.
“Abang nak siasat siapa yang sanggp menganiaya kita..kalau abang tahu siapa orangnya nahas dia aban kerjakan. Abg belasah dia cukup-cukup,” marah Luth Mikail.    
Sejak hari pertama kejadian itu tiada sehari pun perasaan marah tidak menguasai dirinya dan pertemuan dengan Hannah itu menguatkan lagi keinginannya untuk mencari dalang kejadian itu. 
     Automatik mata Hannah terbuka semula. Biar betul!   Luth Mikail suka cari masalah. Benda dah lama. Takkan nak ungkit lagi. Tak ada faedahnya.
“Tak payah fikirkan lagi. Semua tu kita jadikan sejarah. Biarkan saja, moga orang yang aniaya kita tu insaf nanti,” dia sudah bangun semula. Tangan Luth mikail digenggam. Melihat wajah tegang Luth Mikail itu dia tahu hati lelaki itu  sarat dengan dendam.
“Sayang nak biarkan orang tu hidup senang selepas apa yang dia dah buat pada kita?” soalnya. Suara Luth Mikail meninggi. Mungkin sakit hati melihat si isteri cepat sangat memaafkan.
“Awak macam tak reda dengna apa yang berlaku? Awak menyesal dengan perkahwinan ini?” Soalnya.
“Ya Allah apa sayang merepek  ni. Abang tak kesal berkwin dengan sayang malah abang bersyukur selepas lima tahun sayang masih belum berpunya. Allah lorongkan jalan untuk abang. Itu doa abang sejak lima tahun lalu,”
“Apa yg abg lakukan ini tiada kaitan dengan perkahwinan kita..abang mahu siasat siapa dalang disebalik kejadian itu. Apa salah abang dan apa salah sayang hingga mereka sanggup lakukan semua ini.
“Kalau mereka berdendam dengan abang kenapa sayang diseret bersama. Abang tak kisah kalau abang sorang yang dia  aniaya. Dia musuh abang  tapi dia babitkan sayang juga. Itu abang tak boleh terima,”
“Hidup sayang musnah..sayang bawa diri tinggalkan kerjaya di sini untuk hidup di tempat asing,” Hannah angguk. Dia  sudah mulai memahami kenapa Luth Mikail begitu beremosi bila mengingati kisah  lima tahun lalu. 
“Tapi macamana kalau mereka memang target kan saya. Memang mereka nak perangkap saya dan awak adalah mangsa,”soalnya. Itu yang kerap dia fikirkan kebelakangan ini.
Luth Mikail pandang Hannah. Terfikir juga apa yang dikatakan Hannah itu.
“Sayang ada musuh?” soalnya atau... cepat saja dia hapuskan prasangka itu.
 Hannah geleng. Dia bukan  orang   dikenali, dia orang biasa-biasa saja, jauh sekali hidup dalam kemewahan seperti Luth Mikail.
“Mungkin ada orang dengki sayang. Contohnya mahu mengenakan sayang sebab seorang  lelaki,” akhirnya terkeluar juga apa yang ada dalm kotak fikirannya sejak tadi
Mmm.. saya ada teman rapat. Lelaki! Tapi kami tak pernah bercinta sebab Nik Adil dah ada kekasih. Tapi kami tak pernah  melampaui batasan. Kami tahu batas-batasnya. Setiap kali berjumpa, saya ditemani dan Nik Adil juga sering bawa teman wanitanya. Takkan sebab saya rapat dengan Nik Adil saya dianiaya?”soalnya.
“Itu yang abang nak siasat. Kita tak tahu apa motifnya. Hati manusia ni tak sama. Ada yang putih ada yang hitam,” rambut Hannah diusap. Seluruh kasihnya kini tertumpah pada isterinya. 
Kalau betul Hannah dianiaya.  Kasihan isterinya.  Manusia dah hilang pertimbangan gamaknya, desisnya.
“Benda dah lama kita nak bermula dari mana?” soal Hannah. Dia turut tertarik dengan cadangan Luth Mikail. Misteri yang menyelubungi hidupnya perlu disingkap.
“Pembetulan. Bukan kita tapi abang saja. Abang tak nak heret sayang kerana ia babitkan keselamatan,” ujarnya.
Hannah mendengus.
“Bahaya sayang. Kita tak tahu siapa musuh kita. Abang tak nak kehilangan sayang. Abang nak  hidup dengan sayang untuk selamanya,” memang itu yang dirasai kini.
Kalau dulu boleh lg dia buat-buat tak sedar tentang perasaannya pada Hannah tapi sekarang kalau boleh setiap  saat dia mahu Hannah disisi. Membiarkan Hannah dalam bahaya bukanlah satu pilihan yang tepat.
Hannah herotkan mulutnya.  Benci! Getusnya. Kejadian itu juga mmbabitkan dirinya tetapi dia tidak dibenarkan untuk turut serta. Mana adil macam tu. Dengus. Tak adil betul Luth Mikail.
“Tidurlah. Tak payah fikirkan benda tu lagi. Biar abang seorang yang cari jalan untuk selesaikannya. Tugas sayang jaga abang, sayang abang dan cintai abang. Kalau diizinkan Allah lahirkan anak-anak abang. Luth Mikail  Junior,” dia baringkan Hannah. Ubun-ubun Hannah dicium. Dia juga merebahkan badannya.
“Tak baik tidur membelakangkan suami,”