Bab 6 (Part 2)


“Apa yang korang bisik-bisik dari tadi tu?” soal Aidil. Sejak tadi dia memerhati gelagat Luth Mikail dan Hannah sehingga menimbulkan tanda tanya dia dan rakan-rakan yang lain.
“Err… tak ada apa-apa. Rahsia laki bini kau orang mana boleh dengar. Bahaya,” gurau Luth Mikail. Dia kenyit mata kepada Hannah. Kedengaran gelak tawa Aidil dan Rizman bersambung.
“Gatai betul kau sekarang ni. Dulu pun gatai juga tapi taklah miang macam sekarang. Terlebih pula aku tengok,” balas Aidil dalam dialek utaranya.
“Miang pun dengan bini sendiri. Tak gitu sayang?” dia berpaling kearah Hannah. Mata mereka bertatapan sebelum Hannah melarikan anak matanya kearah lain. Wajahnya berona. Malu! Makin kuat gelak teman-teman Luth Mikail.
“Apa nak dimalukan Hannah oiii… betul kata Mika tu, awak tu dah jadi bini dia nak segan apanya lagi. Luar dalam dia dah tengok kan? Wajah Hannah makin berubah. Ya Allah lelaki bernama Wizran yang baru saja muncul mencelah.
“Wiz agak-agaklah. Malu bini aku tu,” bahu Wizran ditampar kuat. Memang temannya itu bergurau kasar tetapi takkan dengan Hannah pun nak bergurau macam tu. Reena bolehlah perempuan tu pun bukannya tahu malu sangat.
“Sorry..sorry I terlebih pula tadi. You tak terasa kan dengan kata-kata I tadi?” tanya Wizran. Dia jadi serba salah melihat perubahan wajah isteri temannya itu. Mulut tiada insuran, macam nilah.
Reena mencebik. Buat-buat malu konon, walhal dia pun sama naik juga. Tadi tu   bukan main tersegih-sengih lagi macam kerang busuk. Suka sangat bila rakan-rakan lelaki dia  memberi tumpuan kepadanya.
“Tak apa. Terkejut sikit saja,” dia ukir senyuman manis. Kasihan juga melihat wajah Wizran apabila dimarahi Luth Mikail tadi.
“Awak, saya naik dulu. Selamat malam semua,” ujarnya kepada . Kakinya diatur menuju ke tangga. Tak mahu lagi dia menunggu di situ.  Tak kuasa dia mahu menatap wajah masam Reena.
“Mmmm.. hati-hati sayang,” laung Luth Mikail yang mengundang tawa rakan-rakannya.
“Hati-hati sayangggg…” Aidil mengejek.
“Kau pun agak-agaklah. Bini kau tu nak naik tingkat atas je pun. Bukannya nak keluar berperang sampai nak berpesan bagai,” sindir Aidil lagi.
“Kau mana tahu.. orang sayang bini memang macam ni. Tu tandanya aku sayang dia.Walaupun dia nak ke tingkat atas saja, aku masih fikirkan tentang keselamatannya. Benda buruk ni boleh berlaku di mana-mana, termasuklah juga dalam rumah sendiri. Jadi, beringat tak salah,”
“Entah kau ni Aidil. Kau belum kahwin lagi, entah-entah kalau dapat bini lebih teruk dari member kita ni,” giat Rizman. Menyokong kata-kata Luth Mikail.
“Tapi aku nak habaq kau lah… untung betul kau dapat bini macam Hannah tu. Patutlah kau beriya-iya menolak Tika rupa-rupanya nak dapat orang macam Hannah ni,” ujar Wizran. Memang dia rasakan temannya itu memang betul-betul bertuah.
“Apa untungnya perempuan macam tu bersepah-sepah ada kat KL ni. Dia nak orang macam encik abang kita ni mestilah dia buat diri tu sebaik mungkin. Walhal perangai tak semenggah,” sindir Reena. Sejak tadi lagi dia menahan hati mendengar komen daripada rakan-rakan lelaki Aidil.
“Yang kau berasap semacam ni kenapa? Pelik aku Hannah tak kenal pun kau, tapi kau yang lebih-lebih kenapa? Kau ingat Atiqah tu baik sangat, dia tu lebih teruk daripada pe…” dia berhenti bercakap. Tak sanggup mahu meneruskan kata-kata itu.
“Apa maksud kau?” balas Reena. Matanya dicerlung kearah Wizran. Bibit-bibit pergaduhan mulai terasa. Luth Mikail mencuit bahu Wizran agar tidak meneruskan kata-kata yang tergantung tadi.
Bukan dia tak tahu apa yang mahu Wizran kata. Mereka sama-sama melihat adegan tak bermoral Atiqah yang diusung ke sana ke mari oleh lelaki berpangkat Tan Sri di hotel-hotel mewah, cuma dia malas mahu ambil kisah. Biarlah! Bukan adik beradik dia pun.
“Sayang dah la tu.. Wiz tak bermaksud apa-apa pun,” Aidil cuba menenangkan keadaan. Dia kenal Reena,  kekasihnya itu  kalau dah marah boleh meletup tempat ini jadinya.
“Baby jangan macam ni. Malu I tau,” Aidil berbisik. Segan dia dengan  tetamu yang masih berkumpul di ruang tamu rumah Luth Mikail.  Ada dua tiga tetamu yang berbisik sesama sendiri.
 Kalau setakat di situ ada rakan-rakannya  saja dia tak kisah sangat sebab semua rakannya itu memang mengetahui perangai perengus Reena tetapi sekarang ramai tetamu yang dia sendiri tidak mengenali.
Tapi   perengus itu jugalah yang dia cinta tak ingat dunia. Nak buat macamana bila hati dah jatuh sayang.
“Darling nak sayang diamkan saja bila di mengata rakan karib sayang. Tiqa tu kawan kita semua darling. Perempuan tu baru saja kita kenal tapi kau orang sanjung dia macam dia tu macam perempuan suci,” marah Reena.
Aidil diam.
Dia  kenal rakan Reena yang dipanggil Atiqah tu, malah terlebih kenal kerana mereka berkawan sejak dari zaman universiti lagi. Bukan dengan dia saja tetapi juga dengan Luth Mikail, Wizran dan Rizman.
“Sayang boleh diam tak? Kita kat rumah orang sekarang ni. Malulah sikit pada tetamu-tetamu tu semua,” dia memandang tetamu tetapi masing-masing membuat hal sendiri. Dia tarik nafas lega. Gawat macam ni! Desisnya.
“Tapi darling, kawan you tu kurang ajar,” dia tunjuk jari telunjuknya ke arah Wizran. Lelaki bernama Wizran tersengih-sengih. Ada dia kisah dia bersikap kurang ajar atau tak. Mengenakan Reena memang hobinya. Bukan hari ini saja tetapi sejak dari universiti lagi.
“I tahu dia kurang ajar,” tapi you pun boleh tahan juga kurang ajarnya. Kurang ajar dengan Hannah. Tapi kata-kata itu tidak mampu diluahnya.  Nak mampus! Desisnya. Jari jemari si kekasih diusap lembut.
 “Dahlah tu sayang..jom kita gerak, dah malam sangat ni. Bro aku gerak dulu,” dia menoleh kearah Luth Mikail. Tangan Reena ditarik. Kalau berlama lagi di situ dia yakin Reena dan Wizran pasti bergaduh sakan dan dia juga yakin paling tidak jari runcing si Reena akan hinggap ke pipi temannya itu.
“Thanks bro sebab sudi datang. Sorry kalau ada kekurangan dalam majlis malam ni,” ujar Luth Mikail. Menggeleng kepala dia melihat sikap sabar Aidil. Kalau dia dah lama perempuan tu kena penampar.
“Aku pun nak gerak juga. Jom..jom nanti kita boleh singgah kat mana-mana pekena air kopi pulak,” Rizman tarik tangan Wizran agar berlalu dari situ. Tak pasal-pasal nanti ada yang tercedera.
“Terima kasih bro… esok kita lepak macam biasa,” ujarnya kepada Rizman. Dia menguap. Matanya sudah berair-air. Dia tilik pergelangan tangannya. Patutlah! Dah pukul 12 tengah malam. Pasti Hannah sudah lena, duganya.
“Kirim salam kat bini kau. Cakap Abang Wiz kirim salam sayang,” tiba-tiba Wizran mencelah. Lelaki berketurunan Syed itu memang terlebih kasih sayang. Sejak dari universiti kasih sayang Wizram melimpah ruah.
“Kau nampak ni?” Luth Mikail tunjuk buku limanya. Ada hati tu buaya tembaga mahu mahu memikat isteri orang. Terkekek-kekek Wizran gelak. Kakinya turut mengekori langkah Rizman yang sudah berlalu dari situ. Dia angkat tangan kepada Luth Mikail.